Paras air Sungai Semerak, Pasir Puteh catat bacaan peringkat amaran pagi ini - JPS
Bernama
November 21, 2024 10:45 MYT
November 21, 2024 10:45 MYT
KOTA BHARU: Bacaan paras Sungai Semerak di Pasir Puteh dicatatkan berada pada paras amaran setinggi 2.47 meter sehingga 8 pagi ini, berbanding paras normal 0.40 meter.
Berdasarkan portal infobanjir.water.gov.my Sungai Golok di Pasir Mas pula berada pada paras berjaga-jaga dengan bacaan 7.19 berbanding paras normal 5.0 meter.
Sementara itu, bacaan paras Sungai Semerak di Pasir Puteh dicatatkan berada pada paras amaran setinggi 2.47 meter sehingga 8 pagi ini, berbanding paras normal 0.40 meter.
Semalam, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, dilaporkan meramalkan bahawa kira-kira 20 kampung yang terletak di kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari Sungai Golok di Pasir Mas dijangka mengalami banjir bermula Jumaat ini.
Sementara itu, semua sungai lain di negeri ini dicatatkan berada pada paras normal.
Semalam Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dilapor meramalkan kira-kira 20 buah kampung yang berada di kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari sungai Golok di Pasir Mas dijangka akan mengalami banjir bermula Jumaat ini.
Menurut PRABN banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan tersebut.
-- BERNAMA