Paras air sungai kembali normal di seluruh Terengganu

Bernama
November 21, 2014 18:46 MYT
Paras air di dua sungai utama di Terengganu yang meningkat melepasi paras bahaya semalam telah menurun ke paras normal pukul 4 petang tadi. -Gambar fail
Paras air di dua sungai utama di Terengganu yang meningkat melepasi paras bahaya semalam telah menurun ke paras normal pukul 4 petang tadi.
Menurut portal bencana e-Tindakan Terengganu hari ini dua sungai itu ialah Sungai Chalok di Setiu dan Sungai Kuala Ping di Hulu Terengganu.
"Sungai Chalok (Setiu) semalam mencatatkan 8.46 meter tetapi petang ini telah menurun kepada 6.28 meter. Manakala Sungai Kuala Ping (Hulu Terengganu) pula daripada 20.37 meter semalam menurun kepada 17.31 meter petang ini," katanya.
Portal itu juga menyatakan pada umumnya semua paras air sungai di Terengganu petang ini berada di tahap normal.
#banjir #e-Tindakan #normal #surut #terengganu
;