Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Bernama
November 26, 2024 16:40 MYT
November 26, 2024 16:40 MYT
KOTA BHARU: Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Ringkasan AI
- Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter.
- Sungai Golok di Rantau Panjang juga meningkat kepada 8.41 meter, melepasi paras amaran lapan meter.
- Jabatan Meteorologi meramalkan Monsun Timur Laut akan menyebabkan lima hingga tujuh episod hujan lebat di beberapa negeri dari November hingga Mac 2025.
Menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati Sungai Golok di Rantau Panjang juga meningkat kepada 8.41 meter berbanding 8.27 meter pagi tadi iaitu melepasi paras amaran lapan meter.
Selain itu, paras air di Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja berada pada paras normal.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi meramalkan Monsun Timur Laut yang telah bermula dari 5 Nov lepas hingga Mac 2025 dengan jangkaan lima hingga tujuh episod hujan lebat berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
-- BERNAMA