Paras air sungai di Sri Muda meningkat
Sinar Harian
Mac 4, 2022 05:15 MYT
Mac 4, 2022 05:15 MYT
SHAH ALAM: Paras air di Kunci Air Taman Sri Muda di sini dilaporkan meningkat berikutan hujan berterusan pada Jumaat.
Video itu dikongsi seorang pemilik akaun aplikasi Twitter memaparkan keadaan paras air yang meningkat naik pada jam 10 malam.
Menerusi rakaman video berdurasi 0.45 saat itu, seorang lelaki memberitahu, limpahan air mungkin berlaku jika hujan berterusan sehingga Sabtu.
"Kepada penduduk di Taman Sri Muda, Seksyen 23, Seksyen 25, Padang Jawa, Seksyen 20 dan mana (kawasan) berdekatan perlu bersiap sedia.
"Jika jam 10 pagi (Sabtu) masih hujan, mungkin (ada penduduk di kawasan rendah) perlu berpindah," katanya.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan kunci Air Taman Sri Muda berada dalam keadaan terkawal.
Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, pemantauan pada jam 11.05 malam mendapati cuaca hujan dan tiada risiko banjir.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.