SUBANG: Susulan paras air di Empangan Bukit Merah di Semanggol, Perak yang berada di paras kritikal sejak beberapa hari lalu, satu operasi pembenihan awan dijadual dilakukan hari ini.
Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah, operasi dengan kerjasama TUDM, Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) itu bertujuan menghasilkan hujan di kawasan empangan tersebut.
"Untuk tujuan pengairan di Empangan Bukit Merah di Bukit Semanggol di daerah Kerian, hari ini setelah mendapat persetujuan semua pihak daripada MetMalaysia daripada pihak TUDM.
"Kita bergantung kepada keadaan atmosfera dan situasi semasa. Kalau hari ini diizinkan TUDM dengan pesawatnya akan menjalankan operasi pembenihan awan," katanya ketika ditemui di Pangkalan Udara TUDM Subang pada Sabtu.
Jelasnya, operasi itu terpaksa dilakukan ekoran paras air di empangan tersebut yang mencatat tahap kritikal sejak 21 Mei lalu.
Keadaan itu mengakibatkan bekalan air di kawasan pertanian merangkumi 19,000 hektar di Perak dan 1,200 hektar di Pulau Pinang terjejas.
"Situasi ini mengakibatkan gangguan bekalan air di kawasan tersebut yang bukan sahaja untuk pengairan, juga untuk domestik, termasuk pengairan ke sawah serta untuk tujuan industri.
"Operasi ini membabitkan kawasan tadahan seluas 19,000 hektar di wilayah Pembangunan Pertanian Bersepadu (AIDA) di Kerian dan Pulau Pinang," kata Ahmad.
Tambahnya, operasi itu bakal memberi manfaat secara langsung kepada lebih 10,000 pesawah di kedua-dua kawasan.
"MAFI telah mengambil daya usaha memulihkan bekalan air kawasan terlibat dan kita bersyukur kepada pihak TUDM yang telah memberikan sokongan dan kerjasama.
"Kita yakin operasi akan memberi manfaat secara langsung kepada seramai 8,889 pesawat di Kerian dan 1,267 pesawah di kawasan Pulau Pinang," ujarnya lagi.
Sejumlah 4,800 liter larutan garam akan disembur di ruang udara empangan menggunakan pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada petang Sabtu.
Operasi dianggar menelan kos sekitar RM80,000.
Fareez Azman
Sat Jun 18 2022
Sebanyak 4,800 liter larutan garam akan disembur di ruang udara empangan menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM pada Sabtu. -Astro AWANI
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Paras air di Empangan Bukit Merah meningkat 33 peratus
Paras air di Empangan Bukit Merah, Bagan Serai meningkat ke tahap 33 peratus daripada isipadu keseluruhan selepas Operasi Pembenihan Awan (OPA) dilaksanakan pada 29 hingga 31 Julai lepas.
Pembenihan awan belum berjaya tingkat paras air Empangan Muda, Bukit Merah
Operasi Pembenihan Awan yang dilaksanakan semalam belum berjaya meningkatkan paras air di Empangan Muda di Kedah dan Empangan Bukit Merah, Perak.
Operasi pembenihan awan di Kedah, Perak bermula esok - Ahmad Zahid
Kerajaan akan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di Kedah dan Perak selama tiga hari berturut-turut bermula esok.
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak
Keputusan untuk melaksanakan OPA di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.
Pelbagai usaha pastikan pesawah di Kelantan tanam padi ikut jadual - Mohamad
Antara usaha dijalankan termasuk operasi pembenihan awan tiga kali dan kelulusan segera RM20 juta oleh PM Anwar untuk membeli pam air.
Kerajaan berusaha selesai masalah air semua negeri, rentasi parti politik - PM Anwar
Kerajaan berusaha untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri-negeri menghadapi kesukaran tersebut termasuk negeri dipimpin pembangkang, dalam membantu rakyat tanpa mengira soal parti politik.
Pembenihan awan fasa kedua di Kelantan dijangka awal Julai ini - KADA
Operasi Pembenihan Awan fasa kedua oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dijangka dilakukan awal Julai ini.
Sabah teruskan operasi pembenihan awan jika kemarau berlanjutan - Hajiji
Beliau berkata OPA akan dilakukan dari semasa ke semasa sehingga ia boleh membantu mengurangkan bebanan bekalan air di beberapa kawasan di negeri itu.
KADA laksana pembenihan awan jika kemarau berterusan hingga April
KADA akan melaksanakan operasi pembenihan awan bagi menyelamatkan tanaman padi jika kemarau berlanjutan sehingga pertengahan April depan.
Tiada hujan selepas pembenihan awan - PBAPP
K.Pathmanathan berkata perkara itu berkemungkinan disebabkan keadaan atmosfera dan awan yang tidak begitu menggalakkan pada masa tersebut.