Paras air di Sungai Rembau di Titian Bintagor, melebihi aras amaran
Bernama
November 22, 2012 07:28 MYT
November 22, 2012 07:28 MYT
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di Sungai Rembau di Titian Bintagor, Negeri Sembilan berwaspada kerana paras air di kawasan tersebut melebihi aras amaran iaitu 6.59 meter.
Sementara itu, setakat pukul 10.40 malam ini, portal Majlis Keselamatan Negara melaporkan jumlah mangsa banjir di Selangor masih kekal 47 orang daripada 16 keluarga sejak pagi tadi.
Menurut portal itu, di Selangor hanya sebuah pusat pemindahan masih aktif iaitu Dewan Genting Sanyen, Kuala Langat.