KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) mengesyorkan supaya proses pengambilan pekerja asing ke dalam negara dijalankan sepenuhnya oleh ejen-ejen tempatan yang berlesen di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), dengan mengikut garis panduan serta tatakelola yang ditetapkan oleh kementerian-kementerian yang terlibat.
Presidennya, Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid berkata, ejen-ejen tempatan terbabit sepatutnya berurusan dengan ejen-ejen luar negara untuk melancarkan proses tersebut kerana pihak majikan tidak mahir dan arif dalam jurusan pekerja asing.
"Pelaksanaan denda juga seharusnya dikenakan kepada ejen-ejen tempatan kerana mereka sepatutnya menjalankan proses mengikut arahan-arahan yang telah digariskan oleh pihak kerajaan.
"PAPSMA juga setuju pekerja-pekerja asing di sektor-sektor lain yang dibawa masuk ke Malaysia diberi kelonggaran dan kelulusan untuk bekerja di lain-lain sektor yang mana pekerja asing tersebut mempunyai kelulusan, pengalaman atau kemahiran.
"Justeru, PAPSMA mengesyorkan agar satu penggubalan dibuat dalam Akta Imigresen 1959/63 supaya proses ini dapat dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata demikian mengulas cadangan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, agar mana-mana syarikat yang didapati membawa masuk pekerja asing tetapi gagal menempatkan mereka di sektor pekerjaan, perlu dikenakan kompaun tinggi sehingga RM30,000 bagi setiap pekerja.
Johari menambah jumlah kompaun yang dikenakan itu boleh digunakan semula untuk menanggung kos penghantaran pulang pekerja asing ke negara asal, yang sebelum ini dibiayai kerajaan.
Mengulas lanjut, Megat Fairouz berkata PAPSMA bersetuju untuk pihak kerajaan memperketatkan lagi proses kelulusan pengambilan pekerja asing.
PAPSMA juga, ujar beliau sependapat agar sektor perladangan dan pertanian diberikan keutamaan memandangkan pihak industri tersebut memerlukan kemasukan tenaga kerja asing.
"Kelewatan kemasukan pekerja asing ini akan menyebabkan aktiviti penuaian tertangguh dan sasaran produktiviti hasil juga terjejas.
"PAPSMA amat bersetuju dengan Menteri Perladangan dan Komoditi (Johari) supaya usaha diletakkan untuk menaikkan Malaysia daripada Tier 3 kepada Tier 2 tahun ini bagi menjaga imej negara secara global dalam etika pengambilan pekerja migran dari luar negara," jelasnya lagi.
Dalam masa yang sama, Megat Fairouz berpandangan KSM harus bekerjasama dengan negara sumber, kedutaan-kedutaan dalam negara, agensi-agensi tempatan, para majikan daripada semua sektor serta kakitangan kerajaan agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat.
Langkah tersebut, sekali gus katanya akan memantapkan lagi prosedur kemasukan pekerja asing secara teratur dan menyeluruh bagi memenuhi dasar serta polisi kerajaan yang sedia ada.
Hasimi Muhamad
Fri Jan 05 2024
![PAPSMA syor pengambilan pekerja asing dibuat ejen tempatan berlesen PAPSMA syor pengambilan pekerja asing dibuat ejen tempatan berlesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649227066_MegatFairouz.jpg)
Megat Fairouz berkata PAPSMA bersetuju untuk pihak kerajaan memperketatkan lagi proses kelulusan pengambilan pekerja asing. - Gambar fail
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
![Pengeluaran minyak sayuran dunia dijangka cecah paras tertinggi dalam tempoh 4 tahun - Oil World Pengeluaran minyak sayuran dunia dijangka cecah paras tertinggi dalam tempoh 4 tahun - Oil World](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634774873_TBMINYAKSAYURAN.jpg)
Pengeluaran minyak sayuran dunia dijangka cecah paras tertinggi dalam tempoh 4 tahun - Oil World
Jika unjuran jadi kenyataan, harga minyak sayuran dijangka jatuh dan harga purata makanan akan menjadi tinggi semasa tempoh 2021/2022.
![Sarawak teliti mekanisme khas bawa masuk pekerja asing Sarawak teliti mekanisme khas bawa masuk pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610451043_JamesJemutMasing.jpg)
Sarawak teliti mekanisme khas bawa masuk pekerja asing
Satu mekanisme khas akan diputuskan Jawatankuasa Keselamatan Sempadan Sarawak bagi membawa masuk pekerja asing secara sah ke negeri itu.