Papagomo didakwa di mahkamah hari ini
Bernama
Februari 27, 2019 07:30 MYT
Februari 27, 2019 07:30 MYT
Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo akan didakwa di Mahkamah Kajang hari ini kerana dipercayai terlibat dalam insiden mengasari Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Sabri Abdulllah berkata lelaki berusia 36 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan kehormatan, dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
"Sebelum ini, pengadu (Syed Saddiq) mendakwa diserang oleh sekumpulan penyokong Barisan Nasional dan telah dicekik oleh Papagomo," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Anggota Parlimen Muar itu sebelum ini, mendakwa diserang sekumpulan penyokong pembangkang sebaik keluar dari pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
-- BERNAMA
#Barisan Nasional
#cedera
#cekik
#Kanun Keseksaan
#Mahkamah Kajang
#Majlis Perbandaran Kajang
#Papagomo
#Pemuda UMNO
#penamaan calon
#penyokong
#polis
#PRK Semenyih
#Semenyih
#serang
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Wan Muhammad Azri Wan Deris