Papa: Kos pembantu rumah asing RM6,700

Astro Awani
Januari 5, 2013 01:40 MYT
Kos pengambilan pembantu rumah Indonesia akan ditetapkan kepada RM6,700.
Dalam satu kenyataan, Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) menyifatkannya sebagai harga yang munasabah dan harap harga tersebut diterima oleh pihak majikan.
Perkara itu diputuskan selepas memorandum persefahaman yang termeterai antara Papa dan Assosiasi Perusahaan Jasa Tenaga Kerja Indonesia.
Ini termasuk RM1,800 bayaran pekerja yang didahulukan oleh pihak majikan kepada agensi pekerjaan.
Dalam pada itu, Papa memberi jaminan anggotanya akan mematuhi harga yang telah ditetapkan dan mereka yang melanggar syarat berkenaan akan dikenakan tindakan sewajarnya.
Papa juga menyarankan mereka yang ingin turut serta dalam penstrukturan semula bayaran pengambilan pembantu rumah Indonesia agar mendaftar dengan Papa.
#Indonesia #pembantu rumah #Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia