Pantai Timur tidak perlu bimbang Taufan Sonamu
Astro Awani
Januari 10, 2013 17:39 MYT
Januari 10, 2013 17:39 MYT
Penduduk di sekitar Perairan Pantai Timur kini tidak perlu bimbang akan Taufan Sonamu.
Namun menurut Setiausaha Majlis Keselamatan Terengganu Tajul Ariffin Muhamad, segala bentuk aktiviti di persisiran pantai masih perlu dielak.
Setakat ini keadaan laut masih bergelora dengan angin mencatat bacaan kelajuan sehingga 40 hingga 50 kilometer sejam menyebabkan aktiviti laut masih lagi berbahaya.
Tegas Tajul Ariffin, aktiviti tersebut perlu dielakkan sehingga keadaan kembali tenang.
Ketika ini, pesisir pantai Kelantan, Terenganu, Pahang dan Johor Timur masih berdepan angin kencang dengan ketinggian ombak melibihi 3.5 meter dimana ia dijangka berterusan sehingga 13 Januari ini.
Selain Pantai Timur, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan turut menerima nasib sama.