Pantai barat Sabah dilanda banjir kilat

Ruzaini Zulkepli
Jun 28, 2020 02:36 MYT
Antara daerah yang terjejas banjir kilat ialah Kota Belud, Tuaran, Penampang, Putatan, Papar, Beaufort dan Membakut. -Astro AWANI
Beberapa daerah di sekitar pantai barat Sabah terjejas teruk akibat banjir kilat sejak malam tadi.
Menurut Jawatankuasa Bencana Daerah hari ini, antara daerah yang terjejas ialah Kota Belud, Tuaran, Penampang, Putatan, Papar, Beaufort dan Membakut.
Enam pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka melibatkan dua daerah di Penampang dan Kota Belud.
Daerah Kota Belud menyaksikan 31 mangsa banjir dari 19 buah kampung terpaksa dipindahkan manakala di Penampang pula, 18 individu ditempatkan di PPS.
Banjir kilat yang berlaku beberapa kawasan di pantai barat Sabah itu susulan hujan lebat sejak malam semalam.
Tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan berlaku setakat ini.
#banjir kilat #jawatankuasa bencana daerah #pantai barat sabah #PPS #pusat pemindahan #Pusat Pemindahan Sementara