Pandu uji 'kereta terbang' Khamis ini hanya untuk Ahli Parlimen - Redzuan

Bernama
November 19, 2019 15:47 MYT
Pada Isnin, ketika menggulung Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2020, Mohd Redzuan mempelawa ahli Parlimen yang berminat supaya menyertainya memandu uji kenderaan itu pada Khamis di Subang. -Gambar fail
Pandu uji 'kenderaan terbang' atau 'aerial vehicle' yang dijadual Khamis ini hanya terbuka untuk ahli Parlimen yang berminat sahaja, kata Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.
Beliau berkata ia juga tidak terbuka kepada sebarang liputan media atau tontonan awam.
"Ia adalah berupa undangan peribadi oleh syarikat swasta. Ia untuk pandu uji 'arial vehicle'.
"Jadi, saya tidak boleh mendedahkan tempatnya kerana ini berupa undangan tertutup oleh syarikat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, pada Selasa.
BACA: Perlu bincang beberapa perkara sebelum muktamad isu kereta terbang - Mohd Redzuan
Pada Isnin, ketika menggulung Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2020, Mohd Redzuan mempelawa ahli Parlimen yang berminat supaya menyertainya memandu uji kenderaan itu pada Khamis di Subang.
Sementara itu, Mohd Redzuan berkata beberapa perkara perlu diselesaikan terutama isu ruang udara sebelum keputusan mengenai pengeluaran kereta terbang nasional dimuktamadkan.
"Kita masih mempunyai pertikaian mengenai ruang udara dan perbincangan mengenainya giat dijalankan tentang bagaimana ia boleh diselesaikan," katanya.
-- BERNAMA
#aerial vehicle #ahli Parlimen #Datuk Seri Redzuan Yusof #kenderaan terbang #Menteri Pembangunan Usahawan