Pandora Papers: Apa maksud 'tax haven' dan 'shell company'? Ini penjelasannya...

Astro Awani
Oktober 17, 2021 17:27 MYT
Beberapa pemimpin Malaysia termasuk ahli politik turut tersenarai dalam laporan yang menggemparkan dunia itu.
PANDORA Papers baru-baru ini mendedahkan ratusan pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah dilapor menyembunyikan wang serta pelaburan mereka dalam hartanah, kapal persiaran dan aset lain sepanjang 25 tahun lalu.
Mereka dilapor mengambil langkah tersebut, antara lain bertujuan mengelak membayar cukai dan laporan itu juga didedahkan menerusi hampir 12 juta fail yang dimiliki 14 firma kewangan di serata dunia.
Beberapa pemimpin Malaysia termasuk ahli politik turut tersenarai dalam laporan yang menggemparkan dunia itu.
Menerusi laporan itu juga, beberapa perkataan yang agak asing sebelum ini disebut seperti ‘tax haven’ dan ‘shell company’.
BACA: Pandora Papers: Dua ahli politik Malaysia antara 336 didakwa miliki akaun luar pesisir
BACA: Daim, Zafrul, Zahid Hamidi antara disebut pendedahan Pandora Papers - Laporan
Bagi membantu anda memahami konteks laporan itu dengan lebih baik, Astro AWANI menerangkan maksud dua istilah tersebut seperti yang dilaporkan International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ).
Apakah maksud ‘tax haven’?
Biasanya melibatkan negara atau tempat dengan cukai korporat yang rendah atau tiada langsung yang membolehkan orang luar dengan mudah menubuhkan syarikat di sana.
Lazimnya, mereka mengehadkan perkongsian data mengenai syarikat dan pemiliknya.
Disebabkan maklumat sukar diakses, ‘tax haven’ juga kadangkala disebut sebagai bidang kuasa kerahsiaan.
Pandora Papers | Pendedahan terbesar pemilikan akaun luar pesisir
Di manakah terletaknya ‘tax haven’ ini?
Lokasi ini berada di seluruh dunia. Sebahagiannya adalah negara merdeka seperti Panama, Belanda dan Malta.
Ada juga yang berada di dalam sesebuah negara seperti Delaware di Amerika Syarikat atau wilayah seperti Kepulauan Cayman.
Mengapa mereka memilih untuk menjadi ‘tax haven’?
Sebab paling utama adalah kerana wang.
Tax haven’ biasanya menjana pendapatan yang besar untuk mereka terutama daripada syarikat dan orang persendirian yang menggunakan ‘shell company’.
BACA: Pandora Papers: Ahmad Zahid sedia disiasat, nafi cuba lari bayar cukai
BACA: Pandora Papers: Semua jawatan dalam Kumpulan Kenanga telah dilepaskan pada Jun 2010 - Tengku Zafrul
Tax haven’ juga mewujudkan pekerjaan untuk peguam, akauntan dan setiausaha.
Mauritius, misalnya mendakwa kira-kira 5,000 orang akan kehilangan pekerjaan sekiranya negara itu berhenti menjadi ‘tax haven’.
Apakah maksud ‘shell company'?
Dicipta di negara-negara ‘tax haven’.
Shell company' biasanya hanya ada di atas kertas, tanpa pekerja sepenuh masa dan tiada pejabat.
Bangunan pejabat tunggal di Kepulauan Cayman, misalnya, adalah ‘pejabat’ bagi 19,000 buah ‘shell company'.
Pandora Papers | Individu boleh buka akaun pesisir luar - Tengku Zafrul
Mengapa ia dipanggil ‘shell company'?
Sama seperti namanya, syarikat itu seperti cangkerang namun ia kosong, tidak ada apa-apa di dalamnya.
Sebuah ‘shell company' yang wujud secara sah, hanyalah di atas kertas.
‘Shell company' digunakan untuk apa?
Tujuan undang-undang dan haram. ‘Shell company' boleh menyimpan wang, rumah mewah, harta intelek, perniagaan dan aset lain.
Mereka juga memainkan peranan penting dalam memudahkan aliran wang haram di seluruh dunia.
Pandora Papers sekali lagi hangatkan Dewan Rakyat
Adakah salah untuk memiliki atau menggunakan ‘shell company'?
Jawapan ringkasnya adalah tidak. Jawapan lebih panjang adalah bahawa ia bergantung kepada bagaimana ia digunakan dan di mana ‘shell company' itu diwujudkan.
Menyembunyikan aset yang dicuri ke luar negara jelas merupakan satu kesalahan tetapi membeli kapal layar mewah dengan ‘shell company' mungkin tidak.
BACA: Pandora Papers: Kerajaan serah pada pihak berkuasa ambil tindakan, jamin tiada campur tangan - PM
BACA: Pandora Papers: 4 laporan diterima, 2 kertas siasatan dirujuk BNM - Pengarah JSJ
Peguam dan akauntan sangat bijak mencadangkan cara yang sah dari segi teknikal untuk membelanjakan atau menyimpan wang tunai di luar negara.
Sukarkah untuk buka ‘shell company’?
Dalam kebanyakan kes, ia semudah dengan menggunakan e-mel atau dengan panggilan telefon.
Anda juga tidak perlu meninggalkan rumah anda.
Dalam kebanyakan kes yang dilihat oleh ICIJ, individu biasanya membayar orang lain untuk melakukan tugas itu untuk mereka.
Berapakah kos untuk memulakan ‘shell company’?
Kos bergantung pada tempat anda membuat ‘shell company’ dan siapa yang menolong anda melakukannya.
[TERKINI] SPRM minta Anwar Ibrahim beri kerjasama mengenai isu Pandora Papers
Beberapa peguam, termasuk Mossack Fonseca dari Panama Papers, mengenakan AS$350 (RM1455) untuk menubuhkan syarikat.
Firma guaman lain termasuk Appleby dari Paradise Papers, mengenakan bayaran tetap hampir AS$2,000 (RM8316) di Isle of Man dan AS$2,700 (RM11,226) di Bermuda.
#Pandora Papers #tax haven #shell company #Kepulauan Cayman
;