Pandangan tajam Putera Philip buatkan saya 'takut' - Tunku Puteri Intan Safinaz

Umavathi Ramayah
April 17, 2021 16:11 MYT
Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah mengakui Putera Philip mempunyai pandangan yang tajam yang 'mengerunkan' - Gambar Twitter/@RoyalFamily
KUALA LUMPUR: Berkesempatan bersemuka dengan jejaka tinggi lampai, Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah mengakui Putera Philip mempunyai pandangan yang tajam yang 'mengerunkan'.
"Saya dibawa ibu bapa untuk bertemu dengan Ratu Elizabeth, Duke of Edinburgh dan Puteri Anne di Istana Negara pada 1972.
"Melihat susuk badan yang tinggi dan pandangan yang tajam, kehadiran Putera Philip membuatkan saya takut dan membuatkan saya seolah-olah mahu melarikan diri," katanya dalam perkongsian di Instagram di sini, semalam.
Intan Safinaz menjelaskan, beliau dan kekandanya berkesempatan bertemu Putera Philip ketika lawatan rasmi baginda ke Malaysia sewaktu ayahandanya menjadi Yang di-Pertuan Agong.

The engagement of Lieutenant Philip Mountbatten to Princess Elizabeth was announced in July 1947 and the marriage took place in @wabbey on 20 Nov 1947. In 2017 The Queen and The Duke became the first couple in the Royal Family to celebrate their Platinum Wedding anniversary. pic.twitter.com/LoFKfzNxCn

— The Royal Family (@RoyalFamily) April 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perkongsian sama, beliau menyatakan meskipun pemergian Putera Philip sesuatu yang sudah dijangka namun pemergian Duke of Edinburgh sesuatu yang menyedihkan kepada keluarga Diraja Kedah itu kerana mempunyai hubungan rapat sejak beberapa dekad yang lalu.
Beliau turut menzahirkan rasa terharu melihat sekeping gambar yang diambil ketika santapan Diraja sewaktu lawatan solo Putera Philip pada 1956.
"Saya terharu melihat arwah datuk saya Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan arwah ayahanda tercinta Almarhum Tuanku Abdul Halim (ketika itu Raja Muda Kedah) dalam gambar tersebut," katanya.
BACA: Istiadat pemakaman Putera Philip: Ini fakta anda perlu tahu
Istiadat pemakaman Duke of Edinburgh, Putera Philip dijadulkan berlangsung hari ini, 17 April di St George Chapel di Istana Windsor, pukul 3 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).
Istiadat itu diadakan dua minggu selepas mendiang menghembus nafas terakhir pada 9 April lalu, yang juga dua bulan sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya ke-100.
#Putera Philip #Diraja Britain #Tunku Puteri Intan Safinaz #Queen Elizabeth II #Prince William