Panda Fu Wa dan Feng Yi dikuarantin di Zoo Negara
Astro Awani
Mei 21, 2014 08:49 MYT
Mei 21, 2014 08:49 MYT
Dua panda dari Chengdu, China yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini berada di Zoo Negara.
Fu Wa dan Feng Yi akan dikuarantin selamat 30 hari di Zoo Negara, Hulu Klang sebelum boleh dipertontonkan kepada orang awam pada akhir Jun ini.
Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan.
Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.
Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.
Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan.
Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.
Sekiranya kedua panda membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh 2 tahun.
BERITA LANJUT MENYUSUL