Panda China akan ditempatkan di Zoo Negara

Astro Awani
Januari 17, 2013 08:09 MYT
Sepasang panda gergasi yang bakal tiba dari China akan ditempatkan di Zoo Negara.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata lokasi ini dipilih berdasarkan keputusan kabinet yang dibuat bulan lepas.
Sebelum ini pasangan panda terbabit dicadangkan ditempatkan di Taman Wetlands Putrajaya.
Kos pembinaan infrastuktur di Zoo Negara nanti dianggarkan menelan belanja sebanyak 25 juta ringgit.
15 juta daripadanya akan ditanggung oleh 1Malaysia Development Berhad dan selebihnya akan dibiayai oleh kerajaan.
Pembinaan infrastuktur ini dijangka bermula Jun tahun ini dan siap pada April tahun hadapan.
#Douglas Uggah #Panda #Zoo Negara
;