'Panas baran, badan susut nampak tulang' - Isteri derita suami ketagih air ketum

Gempak
Mei 11, 2022 16:49 MYT
Menurut wanita berkenaan, suaminya memang mengamalkan minuman ketum sebelum mereka mendirikan rumah tangga. - Foto Facebook AADK Besut
BADAN susut hingga nampak tulang! Itu ‘mimpi ngeri’ yang terpaksa ditanggung oleh seorang isteri apabila suaminya ketagih minuman daun ketum.
Kisah penderitaan wanita itu dikongsi oleh pihak AADK menerusi satu hantaran di Facebook, baru-baru ini.
Menurut wanita berkenaan, suaminya memang mengamalkan minuman ketum sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
“Alasan dia untuk tenaga lelaki dan untuk kerja. Sekarang kami dah ada anak.
“Anak dah nak masuk dua tahun, saya nampak perubahan ketara pada suami sejak saya pregnant.
“Dia semakin panas baran. Stok ketum tak pernah putus. Dalam peti sejuk penuh dengan air ketum.
“Badan dia semakin susut. Dari size pinggang 40 jadi 34, boleh nampak tulang dah.
“Selera makan pun kurang. Dia asyik dengan air ketum. Saya tengok dia minum kalah orang minum air masak. Setiap jam nak kena minum,” katanya.
Tambahnya duit gaji suaminya juga tidak pernah cukup dan sering berhutang.
“Saya sedih bila nampak mesej kawan dia mintak hutang. Suami beli ketum sampai berhutang. Hisap rokok pun makin kuat.
“Duit belanja dapur pun tak bagi. Sewa rumah pun saya bayar. Bila tanya mesti kena marah. Sampai dah nak naik tangan, saya stress.
“Saya tak tahu macam mana lagi nak selesaikan masalah ni. Saya nak semua ni selesai cepat.
“Anak saya semakin membesar. Saya tak mahu anak saya terganggu emosi.
“Panjangkan luahan ni. Inilah luahan hati seorang isteri. Anda yang kaki ketum anda rasa anda sakit jika tak ambil ketum.
“Tapi sebenarnya anda sedang menghancurkan masa depan keluarga anda juga,” luahnya.
Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
#air ketum #ketagih ketum #AADK #isteri #penagih #daun ketum
;