Pampasan HSR: Singapura belum hantar tuntutan kepada Malaysia

Astro Awani
Januari 8, 2021 18:38 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corporation Sdn Bhd, Datuk Mohd Nur Ismal Kamal berkata, sebaik sahaja tuntutan diterima, pihaknya akan menelitinya terlebih dahulu termasuk dari segi amaun yang diminta. - Bernama
KUALA LUMPUR : Kerajaan tidak mendedahkan jumlah pampasan pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) kerana Singapura belum menyerahkan tuntutan kepada Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corporation Sdn Bhd, Datuk Mohd Nur Ismal Kamal berkata, sebaik sahaja tuntutan itu diterima, pihaknya akan menelitinya terlebih dahulu termasuk dari segi amaun yang diminta.
Menurutnya, Malaysia masih menunggu perkembangan dari Singapura dan beliau menjangka ia selesai dalam beberapa minggu lagi.
BACA: Perjanjian projek HSR Malaysia-Singapura tamat, terbatal secara sendiri
“Saya prihatin dengan tuduhan mengenai kurangnya ketelusan melibatkan Malaysia. Fakta sebenarnya adalah belum ada jumlah yang boleh didedahkan.
BACA: Perjanjian Dua Hala yang ditandatangani 2016 tidak lagi berdaya maju - Mustapa
“Prosesnya, Singapura akan tetapkan jumlahnya, seperti yang disebutkan dalam Sidang Parlimen (di Singapura), mereka akan muktamadkan berapakah jumlah yang mereka fikir sesuai untuk menuntut pampasan.
“Mereka sendiri tidak tahu apa (jumlahnya) itu. Mereka belum menyerahkan kepada kami jadi bagaimana kami dapat mendedahkan apa yang belum diserahkan kepada kami,” katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
TERKINI: Kenyataan Media Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai pembatalan HSR
Tambahnya, beliau berpendapat, kerajaan tidak perlu menerbitkan bon untuk membayar pampasan kerana jumlahnya mungkin tidak sampai ke tahap kerajaan perlu berbuat demikian.
Astro AWANI pada 1 Januari lepas melaporkan perjanjian projek tersebut disahkan telah berakhir pada 31 Disember, sekali gus menyaksikan projek tersebut terbatal secara sendirinya.
Dalam kenyataan bersama Malaysia-Singapura memaklumkan kedua-dua negara akan mematuhi syarat masing-masing dan melakukan tindakan yang diperlukan akibat penamatan perjanjian projek HSR.
BACA: Sejauh mana kemajuan projek HSR? Ini kronologi sejak 2016
BACA: HSR terbatal: Ini apa yang perlu anda tahu
“Susulan kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi Malaysia, kerajaan Malaysia telah mencadangkan beberapa perubahan pada projek HSR.
“Kedua-dua kerajaan telah melakukan beberapa perbincangan mengenai perubahan ini namun gagal mencapai kata sepakat,” demikian menurut kenyataan bersama itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini berkata, terma Perjanjian Dua Hala yang telah ditandatangani pada tahun 2016 membabitkan HSR tidak lagi berdaya maju untuk diteruskan Malaysia berikutan penularan pandemik COVID-19.
Projek HSR terbatal: Kerajaan sejak dahulu cuba kurangkan kos
Menurutnya, ia sekali gus memberi kesan teruk kepada ekonomi serta menjejaskan kedudukan fiskal negara.
Menurut beliau, bermula akhir 2018, Kerajaan Malaysia telah meneliti beberapa alternatif bertujuan untuk menurunkan kos keseluruhan projek berkenaan.
Ini kerana jelas beliau, penelitian semula itu menjadi keutamaan kerajaan semenjak pandemik COVID-19 berlaku.
[INFOGRAFIK] Mengapa pembatalan HSR terbaik untuk Malaysia?
#HSR #Malaysia #Singapura #pampasan #kereta api laju #Mustapa Mohamed #ekonomi #kerajaan #menteri #COVID-19 #pandemik #dedah pampasan #telus #MyHSR #Parlimen
;