Pameran 6 dekad karya pelukis tersohor negara

Astro Awani
Februari 22, 2013 23:49 MYT
Bagi meraikan enam dekad penglibatan Latiff Mohidin, Balai Seni Visual Negara menganjurkan satu pameran.
"60 Tahun Latiff Mohidin Retrospektif" mempamerkan 344 karya pelukis tersohor ini.
Kesemua karya merangkumi lukisan, catan, cetakan dan arca di 4 galeri utama Balai Seni Visual Negara.
Pameran ini dibahagikan kepada tiga tempoh masa yang menggambarkan tahap perkembangan artistik Latiff iaitu "period formatif", "period meditatif" dan "period gestural".
Selain itu, Balai Seni Visual Negara turut melancarkan penerbitan catalog yang mengumpulkan sorotan pengalaman seni serta latar belakang Latiff selain penterjemahan koleksi karya beliau.
Latiff bermula dengan pameran solo seawal usia 11 tahun.
Sebagai pelukis, penyair dan penulis sajak, lukisan, lenggok puisi serta gubahannya sentiasa diselitkan dengan unsur-unsur alam.
"Pameran 60 Tahun Latiff Mohidin Retrospektif" dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.
Pameran telah dibuka pada 26 Disember 2012 dan akan berlangsung sehingga 13 Jun depan.
#60 Tahun Latiff Mohidin Retrospektif
;