Palsu! 'Roundel' TLDM mirip logo parti politik, Mat Sabu nafi akan ambil tindakan

Astro Awani
Ogos 24, 2018 11:48 MYT
Mat Sabu nafi akan tukar 'roundel' TLDM yang kononnya sama seperti logo parti politik. - Gambar fail
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menafikan dakwaan kononnya akan berbincang dengan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia berhubung Roundel yang digunakan.
Beliau didakwa akan menukar imej Roundel kerana menyamai logo sebuah parti politik.

PALSU. Tidak benar sama sekali. pic.twitter.com/UhXDtNcpsZ

— Mohamad Sabu (@MSabu_Official) August 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada gambar berkenaan, terdapat kenyataan yang ditulis pada 15 Ogos lalu yang menggunakan nama akaun seumpama miliknya.
Kenyataan itu berbunyi, “saya akan berbincang dengan Panglima ATM (Angkatan Tentera Malaysia), Panglima TUDM dan Panglima TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) berhubung ‘Roundel’ yang digunakan menyamai logo sebuah parti politik.”
Gambar yang terdapat pada paparan skrin itu menunjukkan lambang digunakan pada pesawat TUDM berwarna biru dan kuning.
#Malaysia #Mat Sabu #menteri #Mohamad Sabu #palsu #politik #roundel #tentera #TLDM #Twitter
;