PALSU! GST mansuh berkuatkuasa 1 Jun TIDAK BENAR
Syafik Shukri Jalil
Mei 14, 2018 13:35 MYT
Mei 14, 2018 13:35 MYT
Pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun depan adalah TIDAK BENAR.
Satu kenyataan tular yang menyalahgunakan nama Kementerian Kewangan Malaysia hari ini mengatakan, cukai GST akan dimansuhkan 1 Jun depan.
Kenyataan media palsu itu menyebut GST dimansuhkan berikutan kemenangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu.
Selain itu, beberapa perkara turut ditekankan dalam kenyataan itu, termasuk semua perniagaan dikehendaki mengemaskini sistem POS dan Perakaunan masing-masing, dan tidak lagi boleh mengenakan sebarang cukai GST bermula dari tarikh tersebut.
Laporan yang tidak bertanggungjawab itu juga menyebut tiada cukai baharu akan dikenakan sepanjang dua tahun pertama pentadbiran PH dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hanya akan diperkenalkan semula pada tahun 2020 setelah satu kajian mendalam dilakukan untuk mengurangkan beban hidup.