Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan tiga yang lain memfailkan kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) dan satu lagi bagi membatalkan keputusan RoS berhubung pemilihan semula jawatan Naib Presiden, beberapa lagi jawatan dalam MIC dan isu lain dalam kemelut parti itu.
Permohonan itu difailkan pada 24 Feb lepas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas melalui Tetuan Arbain & Co.
Dalam permohonan itu, Pakas Rao a/l Applanaidoo, selaku pegawai awam bagi pihak MIC yang juga bekas setiausaha agung parti itu, Palanivel, dan dua Naib Presiden MIC iaitu Datuk S. Sothinanthan dan Datuk S. Balakrishnan menamakan mereka sebagai pemohon pertama hingga keempat.
Mereka menamakan RoS dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden pertama dan kedua.
Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Mac ini untuk mendengar permohonan itu di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad.
Dalam permohonan itu, mereka antara lain memohon satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan yang dibuat RoS melalui surat bertarikh 5 Dis lepas, 31 Dis lepas dan 6 Feb tahun ini dan mahu satu pengisytiharan bahawa surat-surat itu dan perintah yang terkandung di dalamnya adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai kesan undang-undang.
Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa perintah dalam surat-surat itu adalah tindakan yang tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan bercanggah dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan dan juga Perlembagaan MIC.
Pemohon memohon pengisytiharan bahawa keputusan Mesyuarat Agung Tahunan MIC itu yang diadakan pada 30 Nov 2013 adalah sah dan berkuat kuasa dan memohon perintah oleh RoS itu ditangguhkan sementara menunggu pelupusan permohonan mereka itu di mahkamah.
Keempat-empat pemohon juga memohon satu perintah injunksi sementara bagi menghalang kedua-dua responden daripada mengambil sebarang tindakan terhadap MIC mahupun mengeluarkan sebarang arahan terhadap parti itu sehingga permohonan semakan kehakiman selesai.
Mereka memohon membatalkan surat bertarikh 5 Dis tahun lepas yang antara lain mengarahkan parti itu mengadakan semula pemilihan jawatan Naib Presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam tempoh 90 hari daripada tarikh surat itu yang mana pemilihan yang dibuat pada 30 Nov 2013, dianggap tidak sah.
Mereka juga memohon bagi membatalkan perintah RoS pada tarikh sama supaya parti itu mengadakan semula pemilihan jawatankuasa di lapan bahagian dalam tempoh 60 hari daripada tarikh surat itu.
Pemohon juga memohon membatalkan keputusan RoS melalui surat bertarikh 31 Dis tahun lepas bahawa RoS berpuas hati terdapat pertikaian berkenaan jumlah perwakilan yang telah dipilih untuk menghadiri Perhimpunan Agung parti itu yang tidak boleh melebihi 1,500, dan juga terdapat pertikaian dalam jumlah kertas undi.
Mereka juga memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan RoS melalui surat pada 6 Feb lepas, bahawa hanya senarai pemilih dan cawangan-cawangan yang yang ditubuhkan pada 2102 sahaja boleh diguna pakai untuk pemilihan semula itu.
Mereka juga mahu membatalkan keputusan RoS bahawa penyertaan cawangan-cawangan MIC yang tidak sah dalam pemilihan MIC pada 2013 dan pemilihan peringkat bahagian yang diadakan pada 2015.
Bernama
Mon Mar 02 2015
Palanivel memfailkan kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap RoS bagi membatalkan keputusan berhubung pemilihan semula jawatan dan isu lain dalam kemelut parti itu. -Gambar fail
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Armada Sabah minta Syed Saddiq terima kenyataan
Armada Sabah minta Syed Saddiq menerima hakikat pelucutan keahliannya sebagai ahli parti.
Palanivel, tiga lagi fail semakan kehakiman batal keputusan RoS
Dalam permohonan itu, mereka antara lain memohon satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan yang dibuat RoS melalui surat bertarikh 5 Dis lepas, 31 Dis lepas dan 6 Feb tahun ini.