Paksa makan rumput: Bukan murid sahaja harus dikaunseling, guru juga perlu - PIBGN
Astro Awani
Januari 28, 2014 10:38 MYT
Januari 28, 2014 10:38 MYT
Susulan kes guru di Sungkai, Perak memaksa pelajar makan rumput kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Segelintir pihak melihat hukuman itu bereda di luar batasan dan tidak melambangkan profesion guru.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan pula berpendapat bukan sahaja murid terbabit memerlukan kaunseling, guru terbabit juga perlu dikaunseling bagi mengelak insiden berulang.