Pakej rangsangan ekonomi diumumkan tidak lama lagi - Dr Mahathir
Farhana Joni
Februari 26, 2020 13:25 MYT
Februari 26, 2020 13:25 MYT
Ketidaktentuan politik yang mencetuskan kekalutan politik negara pada Ahad lalu tidak menghalang untuk Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan agenda Pakej Rangsangan Ekonomi.
Menurut ciapan terbaharu Ahli Parlimen Langkawi itu, pakej rangsangan ekonomi tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.
"Inisiatif ini akan diumumkan tidak lama lagi," tulis Dr. Mahathir
Inisiatif tersebut telah dibincangkan secara terperinci antara Dr. Mahathir dengan para pegawai atasan Kementerian Kewangan.
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataan pada Selasa berkata, pakej rangsangan ekonomi itu tersebut dijadual akan diumumkan Khamis.
#Bersatu
#ekonomi negara
#Kementerian Kewangan
#Mahathir letak jawatan
#pakej rangsangan ekonomi
#pertukaran kerajaan
#Sokong Mahathir
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#Yang di-Pertuan Agong