Ketidaktentuan politik yang mencetuskan kekalutan politik negara pada Ahad lalu tidak menghalang untuk Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan agenda Pakej Rangsangan Ekonomi.

Menurut ciapan terbaharu Ahli Parlimen Langkawi itu, pakej rangsangan ekonomi tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

"Inisiatif ini akan diumumkan tidak lama lagi," tulis Dr. Mahathir


Inisiatif tersebut telah dibincangkan secara terperinci antara Dr. Mahathir dengan para pegawai atasan Kementerian Kewangan.

BACA: Pakej rangsangan ekonomi perlu diteruskan walaupun lewat - Penganalisis

BACA: Niaga AWANI: Apa di dalam pakej rangsangan ekonomi pasca COVID-19?

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataan pada Selasa berkata, pakej rangsangan ekonomi itu tersebut dijadual akan diumumkan Khamis.

BACA: Semua MP Bersatu selesai menghadap YDP Agong, nyata sokongan kepada Dr Mahathir

B
ACA:
Ekonomi tidak sepatutnya terabai dengan pertukaran kerajaan