Pakej Kita Selangor 2.0: 'Home assessment tool' diberi, tangani kes BID COVID-19
Harits Asyraf Hasnan
Jun 9, 2021 16:10 MYT
Jun 9, 2021 16:10 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor akan memberi 'home assessment tool' atau kit penilaian kediaman kepada penduduk negeri itu yang dikesan positif COVID-19.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif bernilai RM1.25 juta di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 itu akan memastikan kes kematian di luar hospital (BID) akibat COVID-19 dikurangkan.
"Kit ini akan mengandungi facemask KN95, thermometer, oximeter, ubat-ubatan dan kit ujian air liur (saliva test kit).
"Ini akan membantu para pesakit yang sedang dikuarantin untuk menilai keadaan kesihatan mereka dengan bantuan petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) melalui aplikasi SELangkah," katanya pada pengumuman pakej itu secara maya pada Khamis.
Bagi bulan Mei 2021 sahaja, sebanyak 123 kes kematian diklasifikasikan BID dan setakat ini sebanyak 293 kes BID dicatatkan di Malaysia.
Selangor merupakan negeri kedua yang mencatat kes BID tertinggi selepas Sabah dengan 27.6 peratus.
#Amirudin Shari
#Pakej Kita Selangor 2 0
#COVID-19
#Home Assessment Tool
#kit penilaian rumah
#SELangkah
#petugas kesihatan
#bid
#kes kematian di luar hospital