Tourism Malaysia hari ini melancarkan pakej istimewa sempena kempen Cuti-cuti Malaysia khas untuk penjawat awam sebagai penghargaan kepada mereka yang mencurah khidmat bakti khususnya ketika negara dibelenggu pandemik COVID-19.
Program dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) itu adalah inisiatif jangka masa pendek untuk meningkatkan usaha promosi pelancongan domestik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebagai permulaan, pakej itu akan mempromosikan produk-produk dan destinasi pelancongan di sekitar Lembah Klang.
"Saya berharap pakej ini akan diperluaskan ke daerah-daerah serta negeri-negeri yang lain pada masa akan datang untuk memberi peluang melihat keindahan tempat menarik dalam negara," katanya ketika berucap merasmikan program itu di sini hari ini.
Beliau berkata pelaksanaan program itu adalah hasil daripada kajian keinginan melancong dalam kalangan masyarakat tempatan oleh Tourism Malaysia baru-baru ini yang mendapati 71.3 peratus responden menyatakan minat untuk melancong dalam negara.
Nancy berkata daripada 13,797 jumlah responden yang ditinjau, 31.4 peratus adalah penjawat awam. "Berdasarkan hasil kajian ini saya percaya di samping menikmati keindahan semula jadi, penjawat awam juga mampu menyumbang ke arah membangunkan sektor pelancongan negara," katanya.
Sementara itu, bercakap pada sidang media, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof berkata pihaknya menganggarkan sebanyak RM3 bilion pendapatan boleh dijana menerusi program itu dalam tempoh setahun.
Beliau berkata rata-rata pelancong domestik membelanjakan wang mereka untuk membeli-belah dan perbelanjaan minyak yang akan meningkatkan ekonomi negara.
"Kalau sekarang kita ada 1.2 juta penjawat awam yang masih bekerja, kita ada juga penjawat awam yang sudah bersara. Mereka juga ada pencen yang mana digunakan untuk melancong sekali gus menyumbang kepada pelancongan domestik," katanya.
Antara pakej istimewa yang ditawarkan adalah percutian 2 hari 1 malam dan juga 3 hari 2 malam yang melibatkan hotel ternama di sekitar Lembah Klang dengan tawaran harga sekitar RM120 seorang dan bagi produk pelancongan lain, pengunjung harian akan mendapat tawaran diskaun sehingga 30 peratus untuk pembelian tiket.
Mereka yang menempah pakej ini juga berpeluang untuk mendapatkan tiket lawatan sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki bas Hop On Hop Off secara percuma tetapi terhad kepada 5,000 tiket sahaja.
Penjawat awam digalak mengambil peluang ini kerana terdapat pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga 31 Dis 2021 susulan pengumuman pakej rangsangan PENJANA.
Mereka boleh mendapatkan pakej ini menggunakan pas pekerja penjawat awam di agensi pelancongan terpilih dan pakej ini boleh dilayari di lawan sesawang Tourism Malaysia www.malaysia.travel.
Tempoh tempahan pakej sehingga 30 Sept 2020 manakala tempoh sah lawatan ialah sehingga 31 Dis 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020
Sebagai permulaan, pakej itu akan mempromosikan produk-produk dan destinasi pelancongan di sekitar Lembah Klang. - Gambar hiasan/BERNAMA
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.
Penjawat awam terus beri khidmat berkualiti, berkesan untuk rakyat - Cuepacs
Perkhidmatan awam adalah tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional.