'Pakcik' di Parlimen takut bersidang? - Wakil AMK Pulau Pinang

Umavathi Ramayah
Jun 5, 2021 16:35 MYT
Hari Krishnan Ramakrishnan menyifatkan 'tuan rumah' takut Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.
KUALA LUMPUR: Sedangkan pakcik-pakcik di pasar malam boleh menjalankan perniagaan ketika pandemik, inikan pula pakcik-pakcik yang sudah divaksin.
Kenapa tidak adakan semula persidangan (di Parlimen)?
Itu persoalan yang dibangkitkan wakil AMK Pulau Pinang, Hari Krishnan Ramakrishnan yang menyifatkan 'tuan rumah' takut Datuk Seri Anwar akan menjadi Perdana Menteri.
"Data yang mengatakan tidak membenarkan Parlimen bersidang kerana ramai orang tua adalah alasan budak-budak yang tidak mahu ke sekolah.
"Pakcik-pakcik di pasar malam steady sahaja berniaga, tapi pakcik-pakcik di Parlimen yang telah disuntik vaksin masih memberi pelbagai alasan tidak bersidang.
"Adakah 'tuan rumah' takut Datuk Seri Anwar Ibrahim akan datang mengetuk pintu depan untuk menjadi Perdana Menteri?" katanya ketika berucap pada Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2020 secara dalam talian pada Sabtu.
Dalam pada itu, wakil AMk Perlis, Taranjit Singh Sadhu pula mahu calon muda diberi peluang dan ruang untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.
Menurutnya, tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha meremajakan parti itu.
#PKR #PRU15 #AMK #Kongres Nasional PKR 2020 #Anwar Ibrahim #Politik Malaysia
;