Pakatan belum berbincang mengenai rang undang-undang hudud
Astro Awani
April 13, 2014 17:02 MYT
April 13, 2014 17:02 MYT
Tiada sebarang perbincangan rasmi antara pemimpin Pakatan Rakyat mengenai rang undang-undang hudud dijangka dibentangkan di Parlimen oleh PAS.
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali memberitahu bahawa isu itu akan dibincangkan semasa pertemuan Majlis Pimpinan yang akan datang, tetapi beliau tidak menyatakan satu tarikh.
"Saya pasti jika terdapat sebarang kebimbangan daripada pihak tertentu, Pakatan akan membincangkan perkara tersebut. Kami tidak pernah menyembunyikan apa-apa, kita mahu orang ramai untuk mendapatkan penerangan yang jelas, " kata Azmin kepada pemberita di ibu pejabat PKR, hari ini.
Azmin berkata pendirian PKR mengenai isu itu tetap sama: bahawa hudud bukan sebahagian daripada rangka polisi umum bersama Pakatan Rakyat, dan ia tidak dapat dilaksanakan tanpa konsensus dari rakan Pakatan.
Beliau yakin pimpinan PAS, terutama di Kelantan, pastinya akan berbincang mengenai perkara ini.
"Isu ini tidak timbul kerana ini telah dibincangkan di Majlis Presiden yang dihadiri oleh semua pemimpin utama dalam PKR , PAS dan DAP yang berdasarkan kertas (Presiden PAS) Hadi Awang dibentangkan (pada tahun 2011).
"Kami telah membuat keputusan yang jelas sejak itu, dan kami akan berpegang kepada pendirian itu," katanya.
Gesaan terkini untuk undang-undang hudud yang akan dilaksanakan timbul selepas Datuk Seri Jamil Khir Baharom , menteri yang menjaga hal ehwal agam , berkata di Parlimen bulan lalu bahawa kerajaan persekutuan bersedia bekerjasama dengan mana-mana kerajaan negeri dalam menguatkuasakan undang-undang hudud.
PAS Kelantan selepas itu dilaporkan telah menyediakan rang undang-undang persendirian yang akan dibawa ke Parlimen untuk mengisytiharkan bahawa Enakmen Syariah Kelantan Kanun Jenayah boleh dilaksanakan di negeri ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata bahawa rang undang-undang draf telah siap dan tarikh terawal untuk pembentangan itu adalah pada bulan Jun.
UMNO Kelantan telah menyatakan sokongan ke atas pelaksanaan undang-undang jenayah Islam itu.
Bagaimanapun, langkah itu telah menjemput kritikan yang kuat dari beberapa pihak, terutamanya DAP dan MCA.
Mereka berhujah bahawa undang-undang hudud tidak sesuai untuk berbilang kaum Malaysia dan tidak mengikut perlembagaan.