Pakar respiratori persoal keputusan benarkan MP buka pelitup muka ketika berbahas di Dewan Rakyat

Astro Awani
Oktober 11, 2021 14:03 MYT
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini membenarkan Ahli Parlimen membuka pelitup muka ketika sesi perbahasan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pakar Perubatan Respiratori, Dr Helmy Haja Mydin mempersoal keputusan membenarkan Ahli Parlimen berbahas tanpa memakai pelitup muka.
Beliau menegaskan, tujuan utama memakai pelitup muka adalah untuk mengelakkan tersebarnya aerosol.
"Apa tujuan utama memakai semula topeng muka selepas bercakap?
"Tujuan utama (topeng muka) adalah untuk mengurangkang pelepasan aerosol," kongsinya di Twitter.

face masks are allowed to be removed during debates. But, MPs are advised to quickly wear back their face masks after delivering their speeches. WHATS THE POINT OF PLACING THE MASK BACK ON AFTER TALKING? THE POINT IS TO REDUCE AEROSOL EMISSION! fml https://t.co/JpIPICgawM

— Dr Helmy (@dochelmy) October 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini membenarkan Ahli Parlimen membuka pelitup muka ketika sesi perbahasan.
BACA: Dewan Rakyat benar ahli Parlimen buka pelitup muka ketika berbahas - Speaker
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di Parlimen.

YB diingatkan untuk pakai semula pelitup muka dengan kadar segera setiap kali selepas berucap. - Datuk Azhar Azizan Harun#SisiTVParlimen#DewanRakyat#AWANInews pic.twitter.com/a8Tl3Y0SLY

— Astro AWANI (@501Awani) October 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#topeng muka #SOP Dewan Rakyat #Dr Helmy Haja Mydin #pelitup muka
;