Pakar buktikan khasiat tempe setanding susu
Astro Awani
Jun 15, 2013 09:30 MYT
Jun 15, 2013 09:30 MYT
Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya membuktikan bahawa tempe mengandungi khasiat kalsium setanding susu.
Menurut Timbalan Dekan dan Profesor Pemakanan Dietetik UKM, Dr Suzana Shahar, penemuan tersebut diperolehi hasil kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti punca jangka hayat golongan wanita melebihi lelaki.
Jelasnya walaupun umur lebih panjang, namun majoriti wanita berusia 50 tahun ke atas di negara ini sering menghadapi masalah tulang reput.
Ini menyebabkan mereka terpanggil bagi melakukan kajian mengenai perkara tersebut.
Tegasnya hasil kajian mendapati tempe jika diambil pada kadar 130 miligram yang bersamaan empat keping memberi khasiat setanding segelas susu.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Fakulti Sains Kesihatan UKM pada Jumaat.
Beliau turut menegaskan kajian seperti ini akan diteruskan dan ia mungkin mendapat kerjasama daripada universiti lain.