KUALA LUMPUR: Pakaian kontinjen Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata terdapat set pakaian rasmi lain bagi acara berkenaan selain menegaskan supaya tiada perbandingan dibuat berhubung pendekatan kepimpinannya di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan bekas menteri Khairy Jamaluddin, memandangkan semua menteri mempunyai cara tersendiri untuk mengemudi kementerian.
"Masa zaman beliau (Khairy) itu cara beliau dan setiap pemimpin mempunyai cara berlainan. Saya hormati MOM sebagai pemegang taruh.
"Baca komen (ada) ingatkan ini baju perbarisan (namun sebenarnya) sudah ada (lain) untuk atlet.
"Kami dah maklumkan pandangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada (Presiden MOM) Mohamad Norza.
"Kita perlu hormati MOM dan kontrak penajaan mereka dengan Yonex dan saya serahkan ini kepada Mohamad Norza dan percaya beliau mampu untuk selesaikan (supaya) bila ke Paris kita berjalan (sebagai) satu pasukan (dan) orang tak nampak ini MOM, ini KBS (sebab) kita semua bawa nama Malaysia," katanya selepas melancarkan Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2024 di Lalaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC) di sini hari ini
Khairy yang memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan dari 2013 hingga 2018, berkongsi menerusi audio siar (podcast) bersama Shahril Hamdan mengenai peranannya dalam penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, semalam.
Hannah turut menegaskan tiada keperluan menaikkan Timbalan CDM Datuk Nicol Ann David kepada Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke temasya tersebut, memandangkan pemegang jawatan itu sekarang Datuk Hamidin Mohd Amin seorang yang berkaliber dalam kepimpinannya.
"Komen media sosial, kalau ada satu masalah, cara dan cadangan gugurkan orang tersebut ini bukan cara betul, sebenarnya kena kenal pasti punca masalah tersebut, dalam kes ini bukan punca Hamidin. Bagi saya Hamidin mendengar (setiap masalah dihadapi) dan itu penting," katanya.
Selain itu, Hannah turut menggesa pihak polis supaya segera mengeluarkan hasil siasatan membabitkan kejadian simbahan asid terhadap pemain bola sepak Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim.
"Mengenai titah Sultan Selangor, saya rasa ini berkaitan dengan kes Faisal Halim. Selagi polis belum memaklumkan mengenai hasil siasatan mereka, bukan sahaja Sultan Selangor, saya telah dengar ramai yang telah berjumpa dengan saya, peminat-peminat sukan juga, mereka mahu keadilan, mereka mahu tahu perkembangan hasil siasatan.
"Itu sebab saya nak menggesa pihak polis untuk segerakan, maklumkan kepada orang ramai supaya kes ini kita boleh pergi ke peringkat seterusnya.
"Kalau kita masih tidak ada hasil siasatan itu, orang (ramai) tak boleh 'move on' kerana Faisal Halim merupakan aset negara," katanya sambil berharap proses rayuan Selangor FC berjalan lancar.
Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat kecewa dan sangat dukacita dengan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) serta ahli Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) khususnya Hamidin, berhubung denda dikenakan terhadap Selangor FC kerana ketidakhadiran pasukan itu ke perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Mei lepas.
Sultan Sharafuddin bertitah baginda amat murka dengan keputusan terbaharu MFL itu, yang dianggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Hannah ketika sidang media selepas majlis pelancaran Liga Wanita Nasional (LWN) bagi musim 2024 di Lalaport BBCC hari ini. --fotoBERNAMA

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Bukit Fraser 'Queen Stage' LTdL 2025
Seramai 132 pelumba daripada 22 pasukan dijangka menyertai saingan lapan peringkat yang melibatkan jarak keseluruhan 1,257.8km.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Noorul Ariffin serah kepada Hannah putuskan kedudukan Pengerusi YAKEB
Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed menyerahkan kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk menentukan kedudukan beliau di yayasan itu.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

RM20 juta diperuntukkan untuk pembangunan lapan jenis Sukan Olimpik - Hannah
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pembangunan lapan jenis sukan yang berpotensi meraih pencapaian membanggakan di temasya Sukan Olimpik.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

Tambah atau gugur atlet RTG diketahui Mac depan - Hannah
Hannah berkata, mesyuarat itu juga akan menjawab persoalan berhubung struktur jawatankuasa RTG yang baharu.