Pakai dua helai pelitup muka?

Ts Mohd Soffian Osman
Mei 21, 2021 20:30 MYT
Perkara penting yang perlu diberi perhatian merupakan pemakaian pelitup muka yang betul - Foto BERNAMA
Baru-baru ini tular gambar Tan Sri Dr Noor Hisham memakai 2 helai pelitup muka (double face mask) ditambah dengan pelindung muka (face shield).
Maka, orang ramai mula ‘share’ kononnya perlunya memakai 2 lapis pelitup muka supaya dapat memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap jangkitan COVID-19.
Namun, perkara ini adalah salah & mengelirukan (misleading).
Mengikut kajian Pusat Pengendalian & Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), perkara yang ditekankan ialah cara pemakaian pelitup muka yang betul, selesa & melitupi dengan kemas pada hidung, mulut & dagu muka (fits snugly to face - fits over nose, mouth & chin).
Perkara ini boleh dilakukan melalui beberapa kaedah.
Langkah 1: Memperbaiki cara pemakaian pelitup muka dengan : Langkah 2 : Tambah lapisan material pelitup muka
Langkah 3: Ikat gelung getah telinga (ear loop) dan kemaskan bahagian tepi pelitup muka
Mengikut kajian berkenaan, ujikaji di dalam makmal membuktikan bahawa pemakaian pelitup muka jenis perubatan dengan kaedah sedemikian mampu mengurangkan risiko terhadap aerosol yang berpotensi menularkan COVID-19 sebanyak 95%.
Pun begitu, CDC turut mengingatkan supaya :
  1. Tidak menggabungkan 2 jenis pelitup muka pakai buang
  2. Jangan gabungkan pelitup muka jenis N95 / KN95 dengan apa-apa pelitup muka yang lain
Bagi memastikan pelitup muka yang dipakai benar-benar dapat memberikan perlindungan yang dikehendaki dari bahaya COVID-19, anda harus memilih jenis pelitup muka yang tepat dan bersesuaian, selain memakainya mengikut tatacara yang betul.

* Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn. Bhd.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
#Kolumnis AWANI #Soffian Osman #pemakaian pelitup muka #Pelitup Muka dua lapis #face mask #CDC
;