Pak Lah berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga - Jefridin Atan

Bernama
Ogos 2, 2020 15:53 MYT
Abdullah Badawi, 81, adalah Perdana Menteri Malaysia kelima dari tahun 2003 hingga 2009. - Gambar fail/BERNAMA
"Pak Lah berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga," kata Datuk Jefridin Atan, pegawai khas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi malam ini.
"Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan berita tular berhubung keadaan kesihatan Tun dan beliau berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga," menurutnya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook Abdullah Badawi.
Beliau turut memaklumkan pihaknya amat kesal dengan penularan berita palsu itu dan berharap masyarakat dapat memastikan kesahihan laporan sedemikian daripada pihak yang berautoriti sebelum menyebarkannya.
Abdullah Badawi, 81, adalah Perdana Menteri Malaysia kelima dari tahun 2003 hingga 2009.
-- BERNAMA
#Abdullah Ahmad Badawi #bekas perdana menteri #Jefridin Atan #Pak Lah #sihat walafiat