Paip pecah: Penutupan bekalan air di Klang, Shah Alam dan Petaling petang ini

Afiezy Azaman
Disember 29, 2020 10:41 MYT
Air Selangor terpaksa menutup bekalan air pada jam 1 petang untuk memastikan kerja-kerja pembaikan berjalan lancar. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesahkan terdapat kejadian paip utama pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 di Shah Alam, pada Selasa.
Susulan kejadian, Air Selangor terpaksa menutup bekalan air pada jam 1 petang untuk memastikan kerja-kerja pembaikan berjalan lancar.
“Penutupan bekalan air tidak berjadual ini akan menjejaskan 58 kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam dan 72 kawasan di Wilayah Petaling.

Pelaksanaan kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip utama pecah di Seksyen 15 Shah Alam akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 58 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan 72 kawasan di Wilayah Petaling.#AirSelangor pic.twitter.com/cCWJ6fjppc

— Air Selangor (@air_selangor) December 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

SIARAN MEDIA: PELAKSANAAN KERJA-KERJA KECEMASAN BAGI PEMBAIKAN PAIP UTAMA PECAH DI SEKSYEN 15 SHAH ALAM#AirSelangor pic.twitter.com/SGEjqXI10l

— Air Selangor (@air_selangor) December 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada 9 malam hari yang sama dan bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna selepas kerja pembaikan siap dilaksanakan.
“Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna dari satu kawasan ke kawasan yang lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mengulas lanjut, Air Selangor berkata para pengguna disaran menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan menggunakannya secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.
Maklumat lanjut boleh di akses di laman web Air Selangor.
#Klang #shah alam #bekalan air #Air Selangor #paip utama pecah #Petaling #pemulihan bekalan air
;