Paip pecah Jalan Kuari: Bekalan air pulih sepenuhnya - Air Selangor

Astro Awani
Jun 11, 2021 00:23 MYT
Para pengguna disaran untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Bekalan air di kesemua kawasan yang terjejas dengan gangguan tidak berjadual ekoran kejadian paip pecah di Jalan Kuari, di sini telah pulih sepenuhnya.
Menurut pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ia pulih pada jam 3.00 pagi, 11 Jun 2021.
Air Selangor turut mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual tersebut.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Air Selangor turut memohon kerjasama para pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera.
Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.
#gangguan bekalan air #Air Selangor #paip pecah #jalan kuari #Pulih