Paip pecah: Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih sepenuhnya - Air Selangor

Astro Awani
Mac 25, 2023 07:30 MYT
Bekalan air di kesemua 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam telah pulih sepenuhnya jam 6 pagi, pada Ahad. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekalan air di kesemua 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam telah pulih sepenuhnya jam 6 pagi, pada Ahad.
Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.
Pada Jumaat, Astro AWANI melaporkan sebanyak 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam mengalami gangguan bekalan air susulan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang.
Gangguan bekalan jejaskan kemeriahan Ramadan
#paip pecah #bekalan air #Air Selangor #Taman Mutiara Bukit Raja 2
;