Paip pecah: 13 kawasan sekitar KL alami gangguan bekalan air

Astro Awani
November 9, 2021 14:56 MYT
Sejumlah 13 kawasan sekitar Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah yang berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pagi tadi. - Foto Air Selangor
KUALA LUMPUR: Sejumlah 13 kawasan sekitar Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah yang berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pagi tadi.
Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan bekalan air telah ditutup jam 11.30 pagi tadi bagi memastikan kerja-kerja pembaikan paip dapat dilaksanakan.
"Kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada jam 11.30 pagi, 10 November 2021.
"Para pengguna akan mula menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat selepas kerja-kerja siap dilaksanakan," memetik kenyataan itu, hari ini.
13 kawasan yang terlibat ialah:
1. Taman Muda
2. Taman Bukit Permai
3. Taman Bukit Pandan
4. Kg Cheras Baru
5. Taman Mawar
6. Taman Seraya
7. Taman Mega
8. Taman Bukit Teratai
9. Taman Melur
10. Taman Saga
11. Taman Putra
12. Pandan Mewah
13. Taman Mestika
Air Selangor juga akan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Air Selangor ingin memaklumkan bahawa satu insiden paip pecah telah berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), KL. Bagi memastikan kerja-kerja pembaikan paip dapat dilaksanakan, bekalan air telah ditutup pada jam 11:30 pagi tadi, 9 Nov 2021.#AirSelangor #HentiTugas #1121MRR2 pic.twitter.com/Y93fUAuNfC

— Air Selangor (@air_selangor) November 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Justeru, para pengguna dinasihati mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki.
Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.
#Air Selangor #paip pecah #gangguan bekalan air tidak berjadual #bekalan air
;