Pahang umum cuti peristiwa esok
Astro Awani
Januari 30, 2019 15:33 MYT
Januari 30, 2019 15:33 MYT
Pahang mengumumkan cuti peristiwa esok sempena istiadat lafaz sumpah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Cuti peristiwa itu diisytiharkan bagi memperingati tarikh bersejarah pada tanggal esok yang menyaksikan Sultan Pahang menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong, sekali gus diraikan seluruh rakyat negeri itu.
"Kali terakhir detik bersejarah ini dirasai ialah kira-kira empat dekad lalu apabila Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh antara 26 April 1979 dan 25 April 1984.
"Oleh itu, pengumuman cuti peristiwa esok adalah difikirkan sebagai bersesuaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
#Al-Sultan Abdullah
#cuti peristiwa
#Kenyataan Media
#Sultan Ahmad Shah
#Sultan Pahang
#Yang di-Pertuan Agong