KUANTAN: Pahang menyasarkan lebih 7 juta pelancong domestik mengunjungi destinasi pelancongan menarik yang terdapat di negeri ini sepanjang 2022, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Beliau berkata pihaknya optimis sasaran berkenaan dapat dicapai, sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilaksanakan semula di negara ini.
"Hotel dan motel di negeri ini didapati ada yang sudah menerima tempahan sehingga April dan ini merupakan petanda yang baik untuk kita mencapai sasaran berkenaan sekali gus merancakkan semula industri pelancongan yang terjejas sebelum ini.
"Meskipun tempat pelancongan yang terkesan dengan banjir masih ditutup namun, lokasi menarik yang lain seperti Cameron Highlands, Genting Highlands, Taman Negara dan Taman Negeri dibuka seperti biasa dan kita harap PKP tidak akan dilaksanakan semula dan semua pihak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran This Is Pahang 2022-Unlimited dan Malam Anugerah Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.
Pada majlis itu Tengku Hassanal turut berkenan mengurniakan 36 anugerah antaranya Anugerah Khas Bandar Pelancongan Terbaik kepada Majlis Bandaraya Kuantan, Anugerah Khas Aktivis Pelancongan (Uzaidi Udanis) dan Karyawan Seni Darul Makmur (Roslan Madun).
Mengulas lanjut, Mohd Sharkar berkata pelbagai program pelancongan telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini termasuk tarikan terbaharu antaranya Pahang Hiking Week dan Pahang Ocean Canoe International Challenge iaitu acara sukan air yang akan menggunakan jajaran pesisiran pantai sepanjang lebih 240 kilometer.
"Bagi Pahang Hiking Week, kita ingin promosi pelancongan di samping gaya hidup sihat dengan pelawat boleh datang mendaki bukit di daerah Pahang dan bermalam di inap desa atau hotel berhampiran," katanya.
Menyentuh mengenai tema pelancongan This Is Pahang 2022-Unlimited, beliau berkata ia membawa maksud negeri itu mempunyai kepelbagaian produk atau lokasi pelancongan iaitu dari tanah tinggi, hutan belantara selain pantai dan pulau yang menarik.
Katanya tema berkenaan diharap menjadi pencetus kepada kerancakan semula industri pelancongan di Pahang, selepas ia terjejas teruk dengan hanya menerima kira-kira sejuta pelancong, pada tahun lepas.
"Pahang pernah merekodkan kedatangan pelancong seramai 13.9 juta pada 2019 dengan jumlah perbelanjaan pelancong sebanyak RM15 bilion, statistik ini menunjukkan negeri ini antara yang tertinggi menerima kunjungan pelancong dari dalam mahupun luar negara.
"Namun, setelah dilanda wabak COVID-19, kegiatan pelancongan terpaksa dihentikan seketika bagi mengekang penularan wabak jangkitan daripada berleluasa, bagaimanapun kita berharap sektor pelancongan tahun ini kembali pulih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022

Pahang menyasarkan lebih 7 juta pelancong domestik mengunjungi destinasi pelancongan menarik yang terdapat di negeri ini sepanjang 2022. -Foto gentinghighlands.info

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.

Pahang nafi abai Cherating, tidak seimbang promosi destinasi pelancongan
Pahang menafikan berlakunya ketidakseimbangan promosi beberapa destinasi pelancongan di negeri berkenaan.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Anak syarikat AZRB terima projek bina jambatan bernilai RM63.5 juta
Ia satu lagi pencapaian penting kumpulan selain merupakan bukti rekod prestasi cemerlang AZRB dalam menyiapkan projek seumpamanya.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.

Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.

Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.