ROMPIN: Pahang merekodkan kehadiran 5.11 juta pelancong dengan anggaran pendapatan sebanyak RM4.59 bilion setakat Jun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Leong Yu Man.
Beliau berkata pelancong domestik merupakan penyumbang terbesar iaitu 4.75 juta orang, manakala bakinya adalah pelancong antarabangsa dengan 282,373 orang daripada negara ASEAN.
"Jumlah pelancong paling ramai direkodkan di Genting Highlands, Kuantan, Cameron Highlands, Pulau Tioman dan Temerloh," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup dan Pengurniaan Hadiah Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) 2023 di sini semalam.
Leong yakin sasaran 13 juta pelancong ke Pahang bagi tahun ini dapat dicapai susulan musim cuti sekolah hujung tahun ini.
Berhubung RPBIC, beliau berkata pertandingan memancing ikan layaran dengan konsep 'tangkap dan lepas' yang mula diadakan pada 2004 itu berjaya mempromosikan daerah Rompin sebagai destinasi memancing spesies ikan tersebut di peringkat antarabangsa.
Katanya ikan tersebut banyak terdapat di perairan Kuala Rompin pada musim penghijrahan aktif antara Mac hingga Oktober setiap tahun, sehingga daerah itu mendapat julukan 'billfish capital of Asia'.
"Ia menjadikan tempahan bot di Kuala Rompin penuh hampir setiap minggu bagi tempoh tersebut dan setakat Jun lepas, kehadiran pelancong ke daerah Rompin ialah seramai 19,924 orang," katanya.
Pada tahun ini, RPBIC diadakan selama tiga hari bermula 6 Okt lepas disertai 13 pasukan termasuk dari Jepun dan Singapura.
Leong berkata pihaknya menyasarkan penyertaan 40 pasukan pada pertandingan tahun hadapan yang akan berlangsung pada 6 hingga 8 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023
![Pahang rekod 5.11 juta pelancong bagi enam bulan pertama 2023 Pahang rekod 5.11 juta pelancong bagi enam bulan pertama 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696819587_YDPA.jpg)
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bergambar kenangan bersama pasukan Xzoga yang menjuarai RPBIC 2023 pada Majlis Penutup dan Pengurniaan Hadiah RPBIC 2023 di Rompin semalam. --fotoBERNAMA
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan pengguna.
Banjir: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.
[TERKINI] Setia City Mall beroperasi semula
Dalam kenyataan pada Ahad, pihak pengurusan pusat beli-belah itu memaklumkan mereka telah menerima kelulusan daripada pihak berkuasa untuk meneruskan operasi sementara siasatan masih dijalankan.
![CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739073324_tbCIMBSATUPEMIMPI.jpg)
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi membantu lebih 9,000 penghuni daripada empat Projek Perumahan Rakyat (PPR)
[TERKINI] Insiden tembak Setia Alam: Polis sudah kenal pasti penembak
Polis sudah mengenal pasti suspek terlibat dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam tadi yang melibatkan warga tempatan.
![Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720922589_DonaldTrump.jpg)
Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya
Percubaan membunuh Trump kali pertama berlaku semasa kempen di Pennsylvania pada 13 Julai 2024.
![Pahang optimis mampu tarik sejuta pelancong China Pahang optimis mampu tarik sejuta pelancong China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51482582182_GentingSkyway.jpg)
Pahang optimis mampu tarik sejuta pelancong China
Kerajaan Negeri Pahang optimis mampu menarik minat sejuta pelancong dari negara China mengunjungi negeri ini sebagai destinasi pelancongan pilihan pada tahun ini.