JERANTUT:Kerajaan Negeri Pahang membelanjakan RM1 juta sehari bagi membantu mangsa banjir negeri ini, melebihi peruntukan yang disediakan bagi menghadapi musim tengkujuh 2020/2021.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata peruntukan sedia ada ialah sebanyak RM4 juta, namun ia perlu ditambah berikutan banjir kali ini yang berlarutan dan melibatkan jumlah mangsa yang ramai.
Setakat hari ini, kerajaan negeri telah membelanjakan hampir RM8 juta dengan peruntukan tambahan diluluskan pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri semalam, bagi membolehkan mangsa banjir menerima bantuan sewajarnya, kata beliau.
"Antara faktor yang menyebabkan jumlah peruntukan ini perlu ditambah ialah trend banjir kali ini berbeza, kerana ada kawasan yang tidak pernah banjir turut dilanda musibah selain bencana seperti tanah dan jambatan runtuh menyebabkan ramai terputus hubungan.
Jumlah hujan sejak Ahad lalu juga difahamkan adalah bersamaan dengan tempoh setahun, menyebabkan sungai tidak dapat menampung kuantiti air lalu melimpah menjadikan banjir kali ini lebih teruk," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan di Kuala Tahan melalui Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini Sabtu.
Turut menyertai misi bantuan itu ialah Timbalan Pengarah JBPM Pahang Mohd Zahar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Nazri Ngah.
Sallehuddin juga berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa projek pembangunan atau pembalakan sebagai punca banjir, tidak sepenuhnya tepat kerana terdapat daerah yang tidak mempunyai projek pembangunan buat masa ini, seperti Rompin juga dilanda banjir.
Menurut Sallehuddin kerajaan negeri cuba sedaya upaya untuk memastikan mangsa banjir menerima bantuan secepat mungkin, namun di beberapa lokasi, berlaku kelewatan kerana faktor air naik terlalu cepat dan jumlah mangsa terlalu ramai.
"Kita sudah menggunakan tenaga dan aset yang ada, tetapi untuk kali ini kita bukan hanya berdepan mangsa banjir, tetapi mereka yang terkandas di negeri ini semasa dalam perjalanan pulang ke tempat masing-masing juga ramai, selain perlu menguruskan kira-kira 1,000 pelancong," katanya.
Selain itu, Sallehuddin menasihatkan penduduk untuk akur arahan berpindah dan kekal berada di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga keadaan benar-benar selamat, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini apabila mereka berkeras mahu pulang lebih awal.
Beliau memaklumkan kerajaan negeri telah melancarkan Tabung Khas Bencana Banjir Negeri Pahang dan mereka yang berhasrat membantu boleh menderma ke akaun bank Perbendaharaan Negeri Pahang di 06010002165711 Bank Muamalat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 09 2021

Dr Sallehuddin berkata peruntukan perlu ditambah berikutan banjir kali ini yang berlarutan dan melibatkan jumlah mangsa yang ramai. -BERNAMA

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Anak syarikat AZRB terima projek bina jambatan bernilai RM63.5 juta
Ia satu lagi pencapaian penting kumpulan selain merupakan bukti rekod prestasi cemerlang AZRB dalam menyiapkan projek seumpamanya.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.

Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.

Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Guru pondok di Pahang terima imbuhan RM1,000
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan memberikan imbuhan khas RM1,000 kepada setiap guru pondok di negeri itu membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM650,000.