PADU: Hanya 17% penduduk Malaysia daftar setakat ini

Amanz
Mac 18, 2024 09:15 MYT
Jika PADU ingin berjaya, usaha yang lebih giat untuk menguar-uarkan kelebihan mendaftar harus dilakukan.
SEHINGGA setakat jam 11.59 malam Sabtu lalu, hanya 5.22 juta rakyat Malaysia telah berdaftar kepada Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Ini adalah hanya sekitar 17.3% daripada 30.08 juta jumlah keseluruhan rakyat Malaysia dan adalah angka yang agak rendah lebih dua bulan sejak dilancarkan pada bulan Januari lalu.
Jumlah pendaftaran yang rendah menjadi isu kerana data yang dikumpul akan digunakan untuk penyampaian subsidi tersasar serta pelbagai lagi inisiatif kerajaan.
Antara rungutan yang didengari ialah ia tidak cukup mesra pengguna yang berusia dan sistem pengesahan identiti yang perlahan.
Kerisauan orang ramai mengenai sebuah pangkalan data utama yang menyimpan semua maklumat juga gagal diredakan oleh pihak PADU.
Pelbagai kes ketirisan data sebelum ini tidak diambil serius oleh pihak berwajib dengan tiada pihak dikenakan tindakan membuatkan kepercayaan orang ramai akan keselamatan data di Malaysia agak rendah.
Tindakan menutup mulut tanpa sebarang kenyataan rasmi membuatkan kepercayaan ini semakin terhakis.
Jika PADU ingin berjaya, usaha yang lebih giat untuk menguar-uarkan kelebihan mendaftar harus dilakukan.

Sehingga 16 Mac 2024 jam 11.59 malam, jumlah rekod pengemaskinian maklumat individu adalah seramai 5.22 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem PADU berdasarkan sumber data pentadbiran. pic.twitter.com/s951JejuEE

— PADUOfficial (@paduofficial_) March 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#PADU #daftar dengan PADU #rakyat Malaysia #Sistem Pangkalan Data Utama
;