Padang Dataran Merdeka ditutup hingga 31 Januari
Sinar Harian
November 16, 2023 13:23 MYT
November 16, 2023 13:23 MYT
KUALA LUMPUR: Padang Dataran Merdeka akan ditutup sehingga 31 Januari depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu berkuat kuasa Rabu, 15 November 2023.
Menurutnya, tiada sebarang aktiviti dibenarkan sepanjang kerja penyelenggaraan dilakukan.
"Sehubungan itu, sebarang permohonan tempahan untuk penggunaan padang Dataran Merdeka akan dibekukan sewaktu kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan," katanya menerusi kenyataan.
DBKL turut memaklumkan, kerja penyelenggaraan hanya melibatkan kawasan padang manakala fasiliti lain seperti jalan dan parkir di dataran masih boleh digunakan seperti biasa. - Sinar Harian