Padah menunggang melulu, 10 mat rempit ditahan polis

Astro Awani
Mac 18, 2018 12:46 MYT
Operasi yang dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman bermula jam 11 malam sebaik sahaja menerima aduan orang ramai.
Lagak samseng, kurang ajar dan mengabaikan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain seperti tidak memberi kesan kepada sekumpulan anak muda yang gemar merempit.
Mereka seolah-olah tidak serik walaupun telah ditangkap beberapa kali atas kesalahan menunggang secara berbahaya.
Terbaharu, pasukan polis menahan 10 samseng jalanan selepas menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuhraya Besraya di Kajang.
Operasi yang dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman bermula jam 11 malam sebaik sahaja menerima aduan orang ramai.
Hasil pemeriksaan, kesemua yang ditahan berusia 17 hingga 24 tahun dan terlibat dalam empat kumpulan mat rempit.
Kesemua mereka memiliki rekod menunggang secara melulu di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut.
#Jabatan Siasatan Jenayah Trafik #kurang ajar #mat rempit #pengguna jalan raya #samseng jalanan
;