Padah cabul 'budak WeChat'
Sinar Harian
November 22, 2018 18:46 MYT
November 22, 2018 18:46 MYT
Akibat mencabul seorang remaja yang baharu sehari dikenali di aplikasi WeChat, seorang bekas prebet tentera dihukum penjara enam bulan dan denda RM15,000 di mahkamah sesyen, tadi.
Hukuman diputuskan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin selepas Nik Aris Ghazali, 24, mengaku salah terhadap tuduhan yang dibacakan.
Mahkamah memerintahkan hukuman bermula hari ini.
Tertuduh didakwa mencabul kehormatan mangsa yang ketika itu berusia 19 tahun di dalam pejabat Unit 5 Rejimen Artileri Diraja (RAD), Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas pada jam 11.30 malam hingga 12 tengah malam, 26 November 2017.
#Ahmad Bazli Bahruddin
#bekas prebet tentera
#cabul remaja
#Nik Aris Ghazali
#Rejimen Artileri Diraja
#WeChat