Pacuan empat roda milik APM yang hilang sudah dijumpai

Vivi Sumanti
September 8, 2019 18:20 MYT
Kenderaan milik jabatan yang ditemui menemui sudah dicat dengan warna baharu (putih) selain tidak mempunyai nombor pendaftaran. - Astro AWANI
Pacuan empat roda jenis Isuzu Rodeo milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dilaporkan dicuri dua minggu lalu di bengkel membaiki kenderaan di temui di ladang kelapa sawit.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Krai, Kapten (PA) Mohd Hanif Omar berkata, kenderaan yang dilaporkan hilang itu berjaya ditemui hasil maklumat kenalannya di Gambang, Pahang empat hari lalu.
Katanya, sebaik menerima maklumat berkenaan, dia bersama seorang anggota ke lokasi kenderaan itu ditemui pada malam tadi bersama anggota polis daripada Balai Polis Gambang.
"Kenderaan milik jabatan yang ditemui menemui sudah dicat dengan warna baharu (putih) selain tidak mempunyai nombor pendaftaran kenderaan dan beranggapan ianya digunakan untuk kegunaan di dalam ladang kelapa sawit.
"Walaupun kenderaan ini sudah diubah suai, namun saya dan anggota berjaya mengecamnya kerana masih terdapat pelekat logo APM di pacuan empat roda ini," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mohd Hanif berkata, selepas kenderaan tersebut diambil, dia terus membawanya ke IPD Kuala Krai untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan (DSP) Wan Fauzi Wan Ishak berkata, kenderaan pacuan empat roda milik APM yang ditemui itu kini berada di balai untuk pihaknya menjalankan prosedur penyiasatan seterusnya.
"Kertas siasatan untuk menyiasat kecurian ini sudah dibuka," katanya.
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia #APM #isuzu rodeo #kenderaan hilang #pacuan empat roda #PDRM #polis
;