P. Pinang tawar sekolah sebagai PKRC jika kes COVID-19 terus meningkat
Bernama
Januari 10, 2021 15:47 MYT
Januari 10, 2021 15:47 MYT
GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan mencadangan sekolah dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah jika kes di negeri itu terus meningkat dan tidak dapat ditampung oleh fasilitii sedia ada.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata penggunaan sekolah tersebut adalah sebagai tambahan kepada dewan komuniti.
"Bagaimanapun ini bergantung pada kelulusan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Ada hotel, namun akan libatkan kos tinggi," katanya selepas menghadiri majlis sumbangan ikhlas beg penyayang badan bukan kerajaan (NGO) One Hope Charity di Pusat Khidmat DUN Padang Kota di sini hari ini.
Terdahulu pada majlis itu, Penasihat One Hope Charity Datuk Seri R. Arunasalam menyampaikan 4,200 bakul makanan mengandungi keperluan asas bernilai RM300 setiap satu kepada Chow untuk disumbangkan kepada keluarga kurang berkemampuan.
Chow yang berterima kasih atas keprihatinan NGO tersebut, berkata bantuan membabitkan peruntukan berjumlah RM1.26 juta berkenaan akan diserahkan kepada 40 Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) di negeri itu.
-- BERNAMA
#Chow Kon Yeow
#pandemik
#COVID-19
#Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19
#dewan komuniti
#pulau pinang