P. Pinang batal sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri
Bernama
Ogos 25, 2020 17:59 MYT
Ogos 25, 2020 17:59 MYT
Majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang yang dijadualkan pada 31 Ogos ini dibatalkan, kata Pengerusi Majlis-majlis Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang.
Beliau berkata pembatalan sambutan itu berikutan situasi semasa negeri yang sedang berdepan penularan pandemik COVID-19.
"Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang yang bersidang pada 19 Ogos lepas telah membuat ketetapan bahawa sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang yang dijadualkan pada 31 Ogos tahun ini dibatalkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya kerajaan negeri juga tidak menggalakkan sebarang penganjuran acara perbarisan atau perhimpunan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 itu.
-- BERNAMA
#COVID-19
#Hari Kebangsaan peringkat negeri
#Law Choo Kiang
#Majlis Mesyuarat Kerajaan
#MMK Pulau Pinang
#pulau pinang