'Our Queen is back!' - Netizen teruja Raja Permaisuri Agong kembali di Twitter
Afiq Ariffin
September 14, 2019 10:26 MYT
September 14, 2019 10:26 MYT
AKAUN Twitter Raja Permaisuri Agong kembali!
Umum mengetahui sejak beberapa hari lalu, akaun Twitter rasmi milik Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dinyahaktif sehingga ramai netizen mula hairan dan tertanya-tanya sebab mengapa baginda berbuat demikian.
Perkara itu juga turut menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi dalam kalangan rakyat yang kebanyakannya mengambil berat dan rindu telatah Tuanku Azizah di laman Twitter.
Namun begitu, bagi menjernihkan keadaan tersebut, Raja Permaisuri Agong kembali 'menghidupkan' akaun Twitter rasminya untuk menerangkan situasi sebenar.
Jelasnya, baginda menyahaktifkan akaunnya atas sebab peribadi.
“Seperti yang saya katakan, saya menyahaktifkan (akaun twitter saya) bukan kerana saya kesal dengan komen-komen yang dibuat kepada saya tetapi ia adalah atas sebab peribadi," tulisnya.
Mendengar berita kembalinya Raja Permaisuri Agong di laman itu, ribuan netizen menyuarakan rasa keterujaan mereka di media sosial.
Selain itu, Tunku Azizah menasihatkan orang ramai supaya bertenang.
"Bertenang semuanya... Seperti anak perempuan saya selalu memberitahu saya “bertenang mama”, apabila saya kecewa," katanya lagi.
#akaun aktif semula
#akaun dinyahaktif
#netizen teruja
#Raja Permaisuri Agong
#Tuanku Azizah
#Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Twitter